A'MARTIN HABIBI's Blog™

MARILAH…BETAPA PENTINGNYA BERBAGI ILMU & PENGALAMAN

Seorang Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan – Kisah Benar Yang Ajaib

Tinggalkan komentar


Seorang Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan – Kisah Benar Yang Ajaib

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Terdapat salah seorang pelajar perempuan masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru perempuan tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan.

Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar perempuan tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi.

Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.

Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru.

Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh.

Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya.

Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu ku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai.

Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Oleh itu saya menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

 

Iklan

Penulis: Habibi/Abi Nawa_(Pandega Team)

i love football watcing on the live exclucive

Berkomentar Dan Menulislah Dengan Kata-Kata Yang Baik & Sopan, Itu Artinya Sobat Adalah Orang Yang Berperilaku Baik Pula Jalinlah Dan Ciptakan Persaudaraan Melalui Forum AMB ini, Hanya Dengan Mengisi Nama & Surel ( Alamat Email ) Sobat Semua Lalu Tulis Komentar Sobat, Silahkan :

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s